Thursday 17 December 2015

Banjir Sudah Surut Namun Rumah Sudah Tiada



       Setelah berdepan dengan pelbagai cabaran perit dan getir apabila air naik mendadak melepasi paras bahaya hingga menyebabkan berlaku banjir besar yang luar biasa ini. Juga diberitakan bahawa tak pernah berlaku sebelum ini  banjir yang sedahsyat ini umpama tsunami keci.Situasi ini benar-benar mengejutkan ramai pihak terutama penduduk yang tinggal dikawasan tinggi. Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ujian ini benar-benar meninggalkan Impak yang amat mendalam kepada mangsa  banjir apabila rumah-rumah mereka  tenggelam dan terpaksa berpindah ke pusat-pusat pemindahan banjir berdekatan..
       Namun episod duka ini  tidak berakhir di situ apabila air sudah mulai surut sejak kelmarin lagi , apa yang mengejutkan mereka ialah rumah-rumah mereka hilang dibawa arus deras dan ada yang roboh dan terbalik.Situasi ini amat sukar untuk digambarkan umpama "sudah jatuh di timpa tangga".
       Kisah sedih ini telah dikongsi oleh salah seorang mangsa banjir di kawasan Manek Urai dan Dabong.

0 comments

Post a Comment