Thursday 17 December 2015

Bayi Perempuan Antara Mangsa Banjir Terbaru.


Gambar Hiasan

Mangsa banjir terbaru melibatkan Seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras selepas dia terlepas daripada dukungan ibunya yang mengharungi banjir untuk ke pusat pemindahan.

Dalam kejadian 3 pagi tadi di Kampung Sepertang, Telekong, Kuala Krai di sini, ibu mangsa bersama tiga lagi anaknya yang lain sedang mengharungi air untuk ke pusat pemindahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, usaha mencari Nur Adriana Adila masih dilakukan.

"Bayi berkenaan terlepas daripada tangan ibunya dan terus dibawa arus yang deras. Pada masa itu air sedang naik dan mencapai paras paha," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh, di sini, hari ini.



Mazlan berkata, ketika kejadian, bapa mangsa tiada bersama keluarga berkenaan kerana bekerja di Kuala Lumpur. - Bernama

0 comments

Post a Comment