Thursday 17 December 2015

Nur Syafiqa yang menjadi mangsa rompakan



KOTA BHARU, (MLP) - Rentetan dugaan yang melanda Nur Syafiqa yang menjadi mangsa rompakan dimana mukanya dikelar dan ditoreh oleh perompak berkemungkinan mempunyai parut kekal di wajahnya, namun dia tetap ceria dan bahagia apabila tunangnya, Mohd.Azzija Zhafran Zahrani berjanji akan terus setia dan mengahwininya seperti yang dijanjikan.

Jelas Mohd.Azzija yang mengikat tali pertunangan dengan Nur Syafiqa April lalu berkata, bahawa dia tetap akan meneruskan niat untuk mengahwini Syafiqa tahun hadapan.

Namun begitu, Mohd.Azzija berkata buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian untuk memulihkan semangat dan emosi  tunangnya itu terlebih dahulu.

Dalam kejadian dua hari lepas masyarakat malaysia telah digemparkan dengan berita seorang gadis cantik telah dirompak dan hampir dirogol tapi tidak berjaya namun wajahnya telah ditoreh oleh seorang perompak yang menceroboh rumahnya di daerah Pasir Puteh

0 comments

Post a Comment