Tuesday 28 June 2016

Baju Pengantin Terbakar Terkena Percikan Bunga Api


Majlis perkahwinan huru-hara seketika apabila baju pengantin terbakar terkena bunga api.
Seorang pengantin perempuan di sini mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas gaun yang dipakainya disambar bunga api pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Satu klip video menunjukkan bunga api dibakar ketika wanita dikenali sebagai Xu itu berjalan bersama pasangannya menuju ke pentas perkahwinan dalam kejadian di wilayah Shandong, timur China.

Bagaimanapun, Xu tidak menyedari sedikit percikan bunga api mengenai bahagian bawah gaun yang dipakai ketika berjalan.

Sebaik sampai di pentas utama, wanita itu lantas menjerit apabila menyedari gaun pengantinnya terbakar.

“Saya hanya sedar gaun yang dipakai terbakar kerana merasa sakit dan panas pada bahagian kaki,” katanya.



Sumber:kosmo.com.my



0 comments

Post a Comment