Thursday 17 December 2015

Sari Yanti Artis Jelita Diberitakan Telah Sah Bercerai Secara Tebus Talak.


Pelakon jelita Sari Yanti, 30, mengakui telah mengakhiri zaman berumahtangga apabila telah sah bercerai dengan suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban, pada 11 Disember lalu.

Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan drama Kisah Kaisara itu enggan memberikan ulasan lanjut mengenai keretakan rumahtangganya yang membawa kepada  perceraian.itu.

"Maaf, saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Apa yang boleh saya katakan adalah saya sudah sah bercerai," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Barr Al-Aliy dan Basit Al-Haq. Tebus talak sebanyak RM10,000 dibayar oleh Sari Yanti kepada Mohd Edy Casmadi.



Bagaimanapun kedua-duanya tidak hadir ketika prosiding mahkamah.

0 comments

Post a Comment