Thursday 17 December 2015

PELIK:Harapan agar mayat hidup kembali, mayat di simpan selama 6 bulan.

Sekadar Gambar Hiasan

Suaminya yang bernama Peter Wald dipercayai meninggal dunia sekitar Mac 2014 namun jasadnya yang mula mereput dan berbau dibiarkan di dalam sebuah bilik di kediaman keluarganya yang terletak di Ontario.

Perbuatan pelik dan penuh misteri itu akhirnyau terbongkar September lalu apabila Sherif bandar Hamilton tiba di rumah yang kini didiami isterinya, Kaling Wald bagi menyampai notis pengosongan premis kerana gagal membayar sewa.

Sherif menjumpai sebuah bungkusan mayat yang telah dibungkus untuk mengelak bau busuk selain tujuh orang rakan kepada Kaling yang turut sama berdoa untuk ‘kebangkitan’ semua Peter.

Jiran tetangga menyifatkan Peter sebagai seorang yang sangat alim dalam hal ehwal agama Kristian. Peter menghidap diabetes dan pihak berkuasa percaya bahawa dia meninggal dunia akibat sebab semulajadi.



Isterinya didakwa atas kesalahan mengabai tugas menyempurnakan mayat selain dianggap menghina si mati. Namun dakwaan keatasnya telah dikurangkan kepada tuduhan gagal memberitahu polis atau koroner kematian.

0 comments

Post a Comment